DEFINISI PENYAKIT PEKERJAAN
Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang disebabkan atau berpunca daripada aktiviti dan faktor persekitaran di tempat kerja.
JENIS-JENIS PENYAKIT PEKERJAAN MENGIKUT ORGAN SASARAN
i. Penyakit Paru Paru Pekerjaan
ii. Penyakit Kulit Pekerjaan
iii. Penyakit Otot Rangka
iv. Penyakit Sistem Kardiovaskular
v. Penyakit Sistem Pembiakan
vi. Penyakit Sistem Saraf Pusat
vii. Penyakit Berkaitan Bangunan
viii. Penyakit Hati
ix. Penyakit Ginjal
x. Penyakit Psikiatri / Gangguan Kesihatan Mental
xi. Penyakit Kanser Pekerjaan
JENIS-JENIS PENYAKIT PEKERJAAN MENGIKUT AGEN PENYEBAB
i. Logam
ii. Gas
iii. Pelarut
iv. Racun Serangga / herba / roden / kulat
v. Hilang Pendengaran Akibat Kebisingan
vi. Gegaran
vii. Suhu
viii. Radiasi
ix. Tekanan (Hiperbarik dan hipobarik)
x. Agen berjangkit / Penyakit Pekerjaan Berjangkit
JENIS-JENIS HAZAD PEKERJAAN
i. Hazad fizikal
a. Suhu terlampau sejuk/panas
b. Mekanikal
c. Gegaran
d. Kebisingan
e. Elektrikal
f. Radiasi
g. Tekanan rendah/tinggi
h. Pencahayaan
ii. Hazad kimia
a. Asid / alkali
b. Pelarut
c. Bahan disinfeksi
d. Gas anastasia
e. Ubat sitotoksik
iii. Hazad biologikal
a. Virus
b. Bakteria
c. Protozoa
d. Kulat
e. Plasmodium
iv. Hazad ergonomik
a. Pergerakan berulang
b. Tiada pergerakan
c. Mengangkat beban
d. Kecederaan otot rangka
e. Unit Paparan Visual
v. Hazad Psikososial
a. Stress pekerjaan
b. Depresi, kerisauan
c. Ketagihan dadah / ubat
d. Penderaan seksual
FUNGSI SEKSYEN KESIHATAN PEKERJAAN
1. Memantau pemberitahuan penyakit dan keracunan pekerjaan yang di laporkan.
2. Memantau aktiviti penyiasatan penyakit pekerjaan oleh negeri-negeri.
3. Menganalisa data penyakit dan keracunan pekerjaan yang dilaporkan dan menyediakan laporan kejadian penyakit dan keracunan pekerjaan.
4. Merancang dan melaksana dan memantau program pengawasan kesihatan warga JKKP.
5. Memberi input kepakaran dalam penggubalan dasar kesihatan pekerjaan.
6. Memberi khidmat nasihat kepada pejabat negeri, agensi-agensi luar, pengamal kesihatan dan orang-ramai.
FUNGSI SEKSYEN PENGIKTIRAFAN
1. Mendaftar Doktor Kesihatan Pekerjaan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
2. Memantau aktiviti survelan kesihatan/perubatan Doktor Kesihatan Pekerjaan.
3. Menjalankan kajian dan pembangunan berkaitan dengan tugas-tugas Doktor Kesihatan Pekerjaan.
4. Merancang keperluan program pendidikan berterusan untuk Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Jururawat Kesihatan Pekerjaan yang bertugas di bawah JKKP.
*Info: JKKP Malaysia
.
₪₪₪₪ Scaffolding Access, Training & Consultancy